Mahasiswa perlu rancang pengurusan kewangan: Raja Muda Perlis

Mahasiswa perlu rancang pengurusan kewangan: Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Ke-19 di Dewan Ilmu, Pauh Putra, Arau, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Golongan mahasiswa perlu merancang pengurusan kewangan dan kemandirian ekonomi dengan mengambil kira beberapa aspek penting dalam kehidupan mereka.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kejayaan golongan mahasiswa bukan hanya diukur berdasarkan percapaian akademik sahaja namun turut merangkumi aspek pengurusan kewangan.

Titah baginda, berikutan itu, golongan mahasiswa perlu merancang bajet bulanan dengan mengambil kira pendapatan, perbelanjaan asas, simpanan dan keperluan kecemasan.

“Amalan bijak dalam pengurusan perbelanjaan harian membolehkan anda mengekalkan kestabilan kewangan,” titah baginda sewaktu sidang ketujuh Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Ke-19 di Dewan Ilmu, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada istiadat tersebut disambut oleh Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor Unimap bertitah, mahasiswa yang mempunyai pinjaman pendidikan juga seharunya menyusun strategi pembayaran balik secara konsisten.

“Ini bukan sahaja akan meringankan beban kewangan jangka panjang tetapi juga membina rekod kredit yang baik untuk masa depan,” titahnya.

Di samping itu, Tuanku Syed Faizuddin turut menasihati mahasiswa agar dapat melabur sebahagian daripada pendapatan mereka bagi tujuan simpanan jangka masa panjang.

Titah baginda, langkah ini memberikan peluang kepada golongan berkenaan untuk mengumpul aset, mencapai kestabilan kewangan dan merancang dengan lebih baik pada masa hadapan.

“Selain menyimpan wang untuk kecemasan, anda juga digalakkan untuk melabur sebahagian daripada pendapatan anda bagi tujuan jangka masa panjang,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya