Lembah Klang, Johor dilanda hujan lebat, ribut petir pagi ini

Lembah Klang, Johor dilanda hujan lebat, ribut petir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melalui hantaran di platform sosial X memaklumkan, ramalan cuaca itu membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN