Lelaki mengaku `pembunuh upahan’ guna nombor telefon negara lain

Lelaki mengaku `pembunuh upahan’ guna nombor telefon negara lain

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan polis mendapati pemberi maklumat berkaitan dakwaan rasuah melibatkan ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah yang menerima ugutan bunuh didapati dihubungi individu tidak dikenali menggunakan nombor telefon dari negara lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membantu mengesan individu yang membuat ugutan bunuh tersebut.

Kata beliau, MCMC sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan masih menunggu maklum balas mereka bagi mendapatkan maklumat pemilik nombor telefon bukan dari Malaysia itu.

“Pegawai penyiasat kini dalam proses merekodkan keterangan saksi berkaitan kes berkenaan. Buat masa ini, hanya keterangan mangsa diambil,” katanya di sini hari ini.

Semalam, polis mengesahkan pemberi maklumat yang mengutuskan surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung dakwaan skandal rasuah  menerima ugutan bunuh.

Kes itu kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

Lelaki berusia 36 tahun itu  mendakwa menerima panggilan telefon melalui WhatApps daripada nombor tidak dikenali.

Dalam percakapan menerusi panggilan telefon itu, suspek yang dipercayai lelaki tempatan mengugut pengadu dengan kenyataan dalam bahasa Cina dengan mengaku daripada kumpulan pembunuh upahan.

Suspek menerima arahan untuk membunuh pengadu dalam masa 24 jam jika pengadu tidak tutup mulut dan suspek menyatakan panggilan ini adalah amaran terakhir kepada pengadu.

Suspek turut menghantar dua keping gambar pistol bersama peluru serta sekeping gambar orang kena tembak di atas jalan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya