Lelaki guna MPV bawa orkid seludup hampir RM1 juta ditahan

Lelaki guna MPV bawa orkid seludup hampir RM1 juta ditahan

SEBAHAGIAN tanaman hiasan jenis orkid bernilai hampir RM1 juta yang diseludup dari Thailand berjaya dirampas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di jalan Kasban, Kampung Simpangan, Tumpat, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Taktik seorang lelaki membawa tanaman hiasan jenis orkid bernilai hampir RM1 juta yang diseludup dari Thailand menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza gagal selepas ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) kelmarin.

Suspek berusia 57 tahun itu ditahan PGA menerusi Op Taring Wawasan pada pukul 6.30 petang semasa melalui jalan Kasban, Kampung Simpangan di sini.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa melakukan rondaan rutin anggota bertugas telah ternampak MPV yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, sejurus ditahan dan pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 280 tanaman hiasan jenis orkid yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua barangan rampasan itu tidak mempunyai dokumen yang sah.

“Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup orkid tersebut ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM980,000,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167).

Katanya, suspek dan barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya