Lelaki ditemukan mati tersembam dalam bilik air

Lelaki ditemukan mati tersembam dalam bilik air

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki ditemukan mati di dalam bilik air selepas dipercayai tersembam ke dalam tong air di rumahnya di Wakaf Bharu di sini kelmarin.

Difahamkan sebelum kejadian, lelaki berusia 34 tahun itu dikatakan mengalami sawan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 4.01 petang

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mengalami sawan dan kepalanya kemudian tersembam ke dalam tong berisi air.

“Pada pukul 6 petang, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

“Hasil laporan bedah siasat mendapati, punca kematian disebabkan oleh lemas. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya