Lelaki ditahan semasa hantar 13 ekor lembu seludup

Lelaki ditahan semasa hantar 13 ekor lembu seludup

LEMBU seludup yang dirampas Batalion 7 PGA dalam serbuan di Kampung Machang Goghoh, Pasir Mas, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa menghantar 13 ekor lembu yang dipercayai diseludup dari Thailand dalam serbuan di jalan tali air Kampung Machang Gochoh Meranti, di sini semalam.

Serbuan pukul 2 pagi itu dilakukan selepas anggota PGA yang melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan telah mengesan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Halim berkata, pemeriksaan ke atas lori itu telah menjumpai 13 ekor lembu yang dianggarkan seberat lebih 11,700 kilogram (kg).

Menurutnya, semakan lanjut mendapati kesemua lembu tersebut tidak mempunyai dokumen yang sah.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan bernilai RM 175,500 dan kes disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke kompeni taktikal (Komtak) Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup lembu tersebut ke pasaran tempatan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya