Lelaki dicekup semasa bawa kambing seludup

Lelaki dicekup semasa bawa kambing seludup

KAMBING yang dirampas anggota Batalion 7 PGA selepas menahan sebuah trak pikap semasa melalui SJR Banggol Kong, Rantau Panjang, Kelantan semalam-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki yang bertindak sebagai penghantar dicekup anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas membawa 10 ekor kambing seludup dipercayai dari Thailand semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong di sini semalam.

Supek berusia 29 tahun tahun itu ditahan pada pukul 10.30 pagi selepas anggota bertugas mengesan sebuah trak pikap dipandu dalam keadaan mencurigakan di semasa melakukan penugasan rutin di Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan keatas trak pikap itu sejurus ditahan menjumpai 10 ekor kambing tanpa dokumen yang sah.

Menurutnya, suspek yang ditahan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kambing tersebut ke pasaran tempatan.

“Anggaran nilai rampasan bernilai RM 10,000.00 dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953,” katanya ketik dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barang rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

Katanya, PGA terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya