Lebih dua juta warga asing bekerja dalam sektor 3D

Lebih dua juta warga asing bekerja dalam sektor 3D

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih dua juta warga asing kini memenuhi sektor pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar) di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua 2,438,468 pekerja asing itu berdaftar di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) setakat 31 Oktober lalu.

Kata beliau, pekerja asing tersebut merupakan mereka yang bekerja di tujuh sektor utama iaitu perkilangan, pembinaan, perkhidmatan, perladangan, pertanian, pembantu rumah serta perlombongan dan pengkuarian.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui JIM komited memastikan keselamatan negara diutamakan dengan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan serta tindakan pencegahan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

“Sehingga 13 November lalu, sebanyak 17,745 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh JIM di seluruh negara melibatkan tangkapan seramai 41,073 orang PATI dan 1,589 orang majikan atas pelbagai kesalahan imigresen,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Seri Dr. Ismail Muttalib (PN-Maran) yang memintanya untuk menyatakan berapa ramai ramai bilangan terkini pekerja asing dan PATI di negara ini.

Ismail turut meminta Saifuddin untuk menyatakan apakah langkah diambil untuk menangani lambakan warga asing yang masuk secara haram.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, JIM menetapkan beberapa prosedur kawalan untuk memastikan semua pelawat asing yang memasuki Malaysia adalah pelawat tulen dan menepati syarat.

“Antaranya adalah hanya pelawat bebas dari senarai syak dan senarai hitam dibenarkan untuk masuk serta pelawa-pelawat asing ke negara ini diwajibkan mempunyai tiket pulang ke negara asal mereka.

“Selain itu, mewajibkan setiap pelawat mengisi Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) bagi memantau keberadaan pelawat semasa berada di Malaysia,” jelasnya.

Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata, JIM melaksanakan tindakan dan mengesan pelawat-pelawat asing yang tinggal lebih dari masa melalui operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

Jelasnya, 1 Jun hingga 30 Oktober lalu sejumlah 17,745 operasi dilaksanakan JIM di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya