Lebih ‘afdal’ jika Bersatu kembali kepada UMNO

Lebih ‘afdal’ jika Bersatu kembali kepada UMNO

OTHMAN DESA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO tidak pernah menolak penyatuan ummah antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) namun menegaskan perlu ada keikhlasan dalam berkerjasama tanpa agenda tersembunyi, kata Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa.

Mengakui kekuatan orang Melayu penting untuk negara, beliau berkata, UMNO tidak pernah menolak kerjasama membabitkan agama, bangsa dan negara yang menjadi teras parti tersebut.

Malah, katanya, UMNO adalah parti pertama yang menggagaskan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas sebelum platform penyatuan itu digagalkan.

“Jika mahu bersama perlulah ikhlas, bukannya hanya di mulut tetapi realitinya menghentam tak henti-henti. Bagaimana hendak bersatu kalau hari-hari mengguriskan hati.

“Veteran UMNO tiada masalah jika penyatuan ini direalisasikan kerana teras UMNO itu sendiri adalah agama, bangsa dan negara tetapi bukannya mahu menjayakan agenda tersendiri dengan kerjasama tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof bahawa kekuatan kedudukan politik orang Melayu hanya boleh berlaku jika semua parti politik berasaskan kaum itu diletakkan di bawah satu gabungan.

Katanya, beliau mempunyai tekad untuk melihat parti terbesar yang mempunyai asas perjuangan sama iaitu UMNO, Pas dan Bersatu boleh berada di bawah satu payung.

“Kita akan berusaha sedaya upaya untuk menggabungkan UMNO, Pas dan Bersatu. Itulah cara yang sebaiknya untuk melestarikan kepimpinan Melayu.

“UMNO kata tidak boleh bekerjasama dengan Pas selagi ada (Presiden Pas, Tan Sri Abdul) Hadi Awang. Mungkin saya atau rakan lain boleh berunding tentang perkara ini.

“Formula itu amat jelas (gabungan parti Melayu), tiada isu lagi tetapi jangan ada salah guna kuasa. Selama 67 tahun merdeka, Melayu memerintah tetapi di mana kedudukan orang Melayu ketika ini?” katanya.

Mengulas lanjut, Othman berkata, jika benar kerjasama ikhlas mahu dilaksanakan, semua kepimpinan parti harus duduk semeja untuk membincangkan mekanisme gabungan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya