Larangan rentas guna pangkalan haram kekal

Larangan rentas guna pangkalan haram kekal

HAMZAH Ishak (dua kanan) semasa menghadiri mesyuarat berkaitan larangan rentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang, Kelantan. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Larangan rentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember ini kekal dan terpakai semua penduduk termasuk pelajar.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Hamzah Ishak bagaimanapun berkata, mekanisme itu akan dibincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melibatkan pelajar Malaysia yang tinggal di Thailand dan menggunakan pangkalan haram untuk ke sekolah.

“Undang-undang ini terpakai kepada semua, Jadi mereka (pelajar) perlu menggunakan tiga pintu masuk yang sah. Perkara (peraturan) ini kita perlu laksanakan secara berhemah.

“Insya Allah sekiranya ibu bapa memberikan sokongan, kita tidak mempunyai masalah,” katanya semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, semalam.

Mesyuarat hampir tiga jam itu turut disertai Polis Kelantan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Hamzah memberitahu, mesyuarat tersebut turut membincangkan perkara-perkara lain berkait dengan melaksanakan arahan itu.

Katanya, kenyataan lanjut berhubung perkara itu akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Kelantan selepas ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, hampir 400 pelajar yang tinggal di Thailand dan berulang alik dengan perahu menyeberangi Sungai Golok memilih bersekolah di sini kerana mereka adalah warganegara Malaysia.

Kira-kira 150 daripada mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan di bawah seliaan KPM.

Selebihnya, mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Ugama selian Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Zue, 15, berkata, dia dan tiga lagi adiknya memiliki dokumen pengenalan diri yang sah sebagai warganegara Malaysia.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan melaksanakan operasi besar-besaran untuk menangkap rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, bermula 1 Disember depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya