Lapan daerah di Kelantan dilanda banjir, 1,343 penduduk terjejas

Lapan daerah di Kelantan dilanda banjir, 1,343 penduduk terjejas

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan operasi menyelamat seorang lelaki yang lumpuh selepas rumahnya di belakang Masjid Rancangan Pemulihan Tanah (PRT) Chenulang, Kuala Krai, Kelantan dilanda banjir petang semalam-IHSAN APM KUALA KRAI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hujan lebat berterusan sejak semalam menyaksikan lapan jajahan di negeri ini dilanda banjir sekali gus menyaksikan seramai 1,343 penduduk telah berlindung di 37 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, daerah yang terlibat adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Menurutnya, kesemua mangsa yang sedang berlindung di PPS itu terdiri daripada 351 buah keluarga.

“Daripada jumlah itu, Kuala Krai menempatkan jumlah mangsa paling ramai setakat ini ialah 243, diikuti Pasir Mas (301), Kuala Krai (243), Pasir Puteh (197), Tanah Merah (143), Bachok (79), Kota Bharu (36) dan Machang (19),” katanya.

Sementara itu, menurut laman web rasmi Info Banjir, paras air di Sungai Melor di Bachok, Sungai Air Lanas (Jeli), Sungai Golok (Rantau Panjang), Sungai Semerak (Pasir Puteh) dan Sungai Kelantan (Kampung Temangan) berada pada paras bahaya.

Katanya, bagaimanapun sungai-sungai lain mencatatkan bacaan waspada.

“Dua sungai iaitu Empangan Bukit Kwong dan Sungai Kelantan di Air Mulih Pasir Mas masih berada tahap normal,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya