Lagi buli di UPNM, penuntut tahun satu retak tulang rusuk

Lagi buli di UPNM, penuntut tahun satu retak tulang rusuk

Datuk Rusdi Mohd. Isa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) retak tulang rusuk dan tulang belakang akibat  dipijak pelatih lain  pada 21 Oktober 2024.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, polis  menerima satu laporan berhubung kejadian itu  pada pukul 8.40 malam,  8 November.

Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa berusia 19 tahun itu didakwa  berada di tepi padang kawad pusat pengajian itu.

“Pada pukul 10.45 malam, 21 Oktober, mangsa dilaporkan telah mengalami kecederaan dan patah tulang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga di universiti berkenaan.

“Akibat kejadian itu, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau,  kes tersebut kini  disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan mendatang kecederaan  dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN