Ladang kenaf tarikan pelancong

Ladang kenaf tarikan pelancong

LADANG kenaf di Lembah Chuping, Perlis kini menjadi tumpuan pengunjung untuk merakam gambar kenangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Siapa sangka, ladang kenaf di Lembah Chuping di sini menjadi tarikan baharu pelancongan negeri khususnya ketika ia berbunga, sekitar November dan Disember.

Ketika musim bunga, kawasan seluas 182 hektar itu menyajikan pemandangan memukau dengan pokok bunga kenaf mekar, seolah-olah berada di luar negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) negeri, Mohammad Nazri Romli berkata, bunganya yang berwarna putih menjadi tarikan untuk sesiapa sahaja singgah bagi merakamkan gambar kenangan sekali gus menjadi salah satu tarikan baharu di negeri ini.

Katanya, pada musim tersebut, lebih 300 ke 500 pengunjung sehari singgah untuk bergambar khususnya pada cuti hujung minggu.

“Pemandangan indah tersebut mula tular sejak beberapa tahun ini sekali gus menarik perhatian orang ramai termasuk graduan selepas konvokesyen untuk merakamkan gambar berlatar belakangkan pemanda­ngan indah tersebut.

“Pengunjung yang datang bukan sahaja dari negeri ini malah dari luar negeri juga tidak putus-putus mengunjungi kawasan berkenaan untuk bergambar khususnya pada sebelah pagi dan petang,” katanya.

Tidak lama lagi musim bunga kembali dan dijangka kawasan berkenaan akan dipenuhi pe­ngunjung.

“Selain sebagai lokasi tanaman biji benih, kawasan ber­kenaan juga kini sudah menjadi salah satu lokasi baharu tarikan pelancong. Apabila bunga berkembang, ia menyajikan pemandangan sangat indah,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya