KPN buat pertemuan dua hala dengan ketua keselamatan dari seluruh dunia - Utusan Malaysia

KPN buat pertemuan dua hala dengan ketua keselamatan dari seluruh dunia

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, Datuk Mohd Roze Shaari, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), Datuk Suparamaniam Ramasamy bertemu ketua keselamatan pelbagai negara ketika Perhimpunan Agung Polis Antarabangsa (Interpol) kali ke-92 di Glasgow, Scotland . IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengadakan pertemuan dua hala dengan ketua-ketua badan keselamatan dari seluruh dunia di Perhimpunan Agung Polis Antarabangsa (Interpol) kali ke-92 di Glasgow, Scotland semalam.

Beliau yang kini berada di sana memulakan pertemuan dengan Presiden Interpol, Mejar Jeneral Ahmad Naser Al-Raisi sebelum bertemu dengan Pesuruhjaya Pasukan Polis Singapura, Hong Wee Teck dan Timbalan Pengarah Agensi Jenayah Kebangsaan United Kingdom, Rick Jones.

Razarudin turut bertemu empat mata bersama Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Datuk Seri Pahlawan Awang Sulaiman Alidin.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, Datuk Mohd Roze Shaari, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), Datuk Suparamaniam

Ramasamy dan Penolong Pengarah NCB Interpol, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintenden Saravanan Kanniappan.

Terdahulu,Razarudin yang mewakili Malaysia mengambil bahagian dalam pemilihan Setiausaha Agung Interpol baharu yang kini disandang oleh Brazillian Federal Police Commisioner, Valdecy Urquiza.

Beliau bersama delegasi kemudiannya turut menghadiri dua sesi forum yang diadakan dan dijangka akan mengadakan pertemuan dengan lima rakan sejawatan pada hari terakhir perhimpunan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya