KPM, PDRM ‘letak’ pegawai di setiap sekolah atasi isu vape, rokok - Utusan Malaysia

KPM, PDRM ‘letak’ pegawai di setiap sekolah atasi isu vape, rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pegawai Perhubungan sekolah untuk menangani isu rokok elektronik atau vape dan rokok dalam kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, setiap sekolah mempunyai seorang PPS yang sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani isu vape dan rokok.

Menurut beliau, KPM terus komited dengan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan seperti Program Skim Lencana Antidadah, Program Lima Minit Antirokok dan Vape.

“KPM turut melaksanakan Program Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape bagi mengekang trend murid yang menjadikan tabiat menghisap rokok dan vape sebagai satu kebiasaan. Tujuan aktiviti ini adalah menerapkan nilai kesedaran murid akan bahaya rokok dan vape serta membentuk jati diri yang unggul.

“Murid-murid juga dilatih sebagai duta sahsiah untuk membantu guru dalam menyampaikan maklumat serta menjadi pembimbing rakan sebaya agar rakan-rakan tidak terlibat dengan gejala negatif.

“KPM juga mengadakan Majlis Anugerah Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan serta mengiktiraf duta sahsiah yang dilantik,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Hassan Saad (PN-Baling) yang memintanya menyatakan usaha KPM dalam menangani masalah ketagihan vape dan rokok dalam kalangan pelajar.

Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, KPM dan Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengadakan Latihan Kursus Pengukuhan Intervensi Berhenti Merokok dan Vape Dalam Kalangan Murid kepada guru bimbingan dan kaunseling serta guru Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).

“Latihan ini termasuk topik peruntukan undang-undang terhadap rokok, mengenal pasti tabiat merokok dan ketagihan, bahaya rokok elektronik atau vape dan modul kaedah berhenti merokok,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya