SEOUL: Korea Selatan mendenda syarikat induk Facebook, Meta, lebih daripada 21.6 bilion won (RM68 juta) kerana mengumpul maklumat sensitif hampir sejuta pengguna secara haram dan berkongsi data tersebut dengan pengiklan. Menurut Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi Seoul, syarikat itu melanggar undang-undang yang melarang penggunaan maklumat mengenai pandangan politik, kepercayaan agama dan kehidupan seksual individu melainkan dengan kebenaran. Suruhanjaya itu berkata, gergasi teknologi terbabit mengumpul maklumat sensitif daripada 980,000 pengguna domestik di Korea Selatan melalui profil Facebook mereka. Ini termasuk maklumat tentang kepercayaan agama pengguna dan sama ada mereka berada dalam hubungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya