SEOUL: Korea Selatan bergelut dengan salji lebat untuk hari kedua, menyebabkan puluhan penerbangan dibatalkan, operasi feri digantung dan sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan maut. Salji musim sejuk kali ini merupakan yang ketiga paling lebat di Seoul sejak rekod bermula pada 1907, lapor agensi berita Yonhap, memetik data dari bandar itu. Lebih 40 sentimeter (cm) salji direkodkan di bahagian Seoul menjelang pukul 8 pagi, menyebabkan lebih 140 penerbangan dibatalkan. Namun, pihak berkuasa cuaca menarik balik amaran salji lebat di kawasan metropolitan di ibu negara, menjelang pukul 10 pagi (waktu tempatan), hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya