Korban banjir dahsyat di Sepanyol meningkat 158

Korban banjir dahsyat di Sepanyol meningkat 158

TIMBUNAN kenderaan yang diselaputi lumpur selepas dihanyutkan banjir kilat di jalan Paiporta, kawasan Valencia, timur Sepanyol.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA: Angka kematian akibat banjir kilat yang melanda timur Sepanyol meningkat kepada 158 orang, dengan pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa hilang.

Bencana ini berpotensi menjadi kejadian cuaca terburuk di Eropah dalam tempoh lebih lima dekad.

“Kita berdepan situasi 158 kematian setakat ini, dan masih ramai lagi yang hilang,” kata Angel Victor Torres, menteri yang bertanggungjawab untuk kerjasama dengan wilayah-wilayah di Sepanyol, dalam satu sidang media, semalam.

Hujan yang turun dalam tempoh lapan jam pada Selasa, menyamai jumlah taburan tahunan di sebahagian kawasan di wilayah Valencia.

Tragedi ini dianggap sebagai bencana banjir terburuk dalam sejarah moden Sepanyol, dan pakar meteorologi menyatakan perubahan iklim yang didorong manusia mengakibatkan kejadian cuaca ekstrem seperti itu semakin kerap dan merosakkan.

Pasukan penyelamat pada Khamis menemukan mayat lapan mangsa, termasuk seorang anggota polis, yang terperangkap dalam sebuah garaj di pinggir bandar Valencia, kata Datuk Bandar, Maria Jose Catala.

Banjir itu turut memusnahkan infrastruktur di Valencia, menghanyutkan jambatan, jalan raya dan landasan kereta api, serta menenggelamkan kawasan pertanian yang menghasilkan dua pertiga daripada tanaman sitrus Sepanyol, termasuk oren yang dieksport ke seluruh dunia.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez yang melawat pusat penyelarasan penyelamat berhampiran bandar Valencia menyeru orang ramai agar kekal di rumah kerana ancaman cuaca buruk yang berterusan.

“Keutamaan kita sekarang adalah menyelamatkan nyawa sebanyak mungkin,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Pope Francis menyatakan simpati dan berdoa untuk rakyat Sepanyol yang ditimpa musibah di rantau itu.

“Saya bersimpati dengan mereka dalam saat bencana ini,” katanya dalam sebuah video yang disiarkan di X.

Kumpulan penyelidikan, Climate Central dalam laporannya pada Khamis berkata, sistem tekanan rendah yang menyebabkan banjir di Sepanyol memanfaatkan ‘sungai atmosfera’, yang membawa kelembapan berlebihan dari kawasan Tropika Atlantik yang luar biasa.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya