Kor Ming jangan berlagak 'hero' - Noh

Kor Ming jangan berlagak ‘hero’ – Noh

KOR MING
NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar menempelak kenyataan Nga Kor Ming kononnya enam menteri di bawah portfolio itu gagal menyelesaikan isu pemilikan rumah pekerja ladang estet di Bestari Jaya sejak 1998.

Beliau menegaskan, menteri KPKT itu diingatkan supaya tidak menjadi ‘hero’ dalam isu pemilikan rumah pekerja lima estet tersebut.

“Projek perumahan itu sebenarnya dirancang sejak saya menjawat jawatan Menteri KPKT lagi. Majlis pecah tanah dan peruntukan bagi projek itu telah diluluskan namun BN (Barisan Nasional) kalah dalam pilihan raya 2018 dan ia kemudian dibatalkan,” katanya, hari ini.

Pada 30 Oktober lalu, Kor Ming memaklumkan berjaya menyelesaikan isu pemilikan rumah pekerja ladang di lima estet ktu selepas 26 tahun dan enam menteri KPKT.

Pembinaan melibatkan kediaman 245 keluarga pekerja ladang itu akan dibuat di tanah berkeluasan lapan hektar dan diberikan secara percuma oleh Berjaya Corporation Berhad (BCB).

Lima ladang itu adalah Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.

Tambah Noh, kawasan Bestari Jaya berada di bawah Parlimen Tanjong Karang yang beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut.

“Saya merupakan menteri KPKT pertama yang pergi ke estet-estet itu meninjau keadaan dan isu pekerja kaum India tersebut.

“Mereka meluahkan masalah perumahan dan saya yang simpati segera membawa isu berkenaan dengan turut berjumpa pihak BCB bagi mencari jalan penyelesaiannya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya