Komponen BN perlu perkukuh kebersamaan menjelang PRU16 - Fathul Bari - Utusan Malaysia

Komponen BN perlu perkukuh kebersamaan menjelang PRU16 – Fathul Bari

FATHUL BARI MAT JAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya di negeri ini perlu memperkukuhkan kebersamaan dalam usaha mengembalikan kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, penekanan terhadap aspek kebersamaan tersebut adalah penting khususnya dalam pelaksanaan program-program di peringkat akar umbi.

Katanya, semua pihak perlu mengetepikan soal pembahagian kerusi dengan perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan dan gabungan BN perlu fokus kepada gerak kerja dalam misi mengambil alih semula pentabdiran kerajaan negeri.

“Setiap parti komponen berhak bagi cadangan dan pandangan, namun tanpa gerak kerja dan data tersusun dari awal, kita sukar untuk menang dalam PRU16,” katanya pada Konvensyen BN Perlis 2024 di sini hari ini.

Konvensyen BN Perlis itu disempurnakan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang dihadiri Pengerusi BN negeri, Datuk Rozabil Abd Rahman.

Mengulas lanjut, Fathul Bari yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar berkata, selain mengukuhkan kebersamaan, setiap ahli BN perlu bersama memantapkan kerajaan Perpaduan agar dapat diterima baik oleh rakyat di negeri ini.

“Kita tidak boleh berada dalam situasi yang mana kita membantah perkara-perkara baik dilakukan oleh kerajaan Perpaduan. Kerajaan ini terbuka untuk dikritik namun ia seharusnya membina dan merintiskan kerjasama yang positif,” katanya.

Dalam pada itu, Fathul Bari berkata, peluang BN untuk mengambil semula negeri ini dilihat cerah susulan beberapa perkembangan semasa antaranya pergolakan politik Perikatan Nasional (PN) dan krisis intergriti pimpinan negeri.

Katanya, kerajaan negeri secara umumnya juga dilihat gagal membawa pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang memberi impak buat rakyat.

“Jadi itu menggambarkan kelemahan pentadbiran PN dari sudut pelaburan yang mana hampir keseluruhannya itu adalah hasil air tangan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya