KKR terima 20,042 aduan kerosakan jalan - Utusan Malaysia

KKR terima 20,042 aduan kerosakan jalan

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aplikasi MYJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 20,042 aduan kerosakan terdiri daripada pelbagai kategori aduan sehingga 30 September lalu.

Daripada jumlah tersebut, 6,019 atau 30 peratus merupakan aduan dibawah seliaan KKR dan agensi yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri, manakala bakinya iaitu 14,023 aduan atau 70 peratus merupakan luar bidang kuasa kementerian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, KKR dan agensinya sudah menyelesaikan 5,738 bersamaan daripada aduan di bawah bidang kuasa yang diterima, manakala baki sebanyak 281 masih di dalam tindakan.

Menurut beliau, kategori jalan berlubang merupakan kategori tertinggi iaitu 2,382 aduan yang diterima dan disusuli dengan aduan mengenai jalan rosak, lampu jalan, lampu isyarat serta lain-lain kategori.

“Pada masa ini KKR melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa memantau kerja-kerja penampalan lubang yang berlaku di jalan-jalan persekutuan seluruh Malaysia melalui piagam pelanggan Jabatan Kerja Raya di mana setiap pothole yang ditemui melalui rondaan rutin atau diterima melalui aduan awam akan ditampal dan dibaiki segera dalam tempoh 24 jam.

“Kerja-kerja penampalan ini turut dipantau melalui satu sistem dalaman yang telah dibangunkan iaitu Aplikasi Sistem Pemantauan Potholes (ASaPP).

“Sehingga 30 September lalu, sistem ini merekodkan sebanyak 2,990 bilangan lubang yang telah dibaiki melalui tampalan secara kerja rutin di sepanjang Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia, manakala di Sarawak, Sabah dan Labuan merekodkan 38,039 bilangan tampalan lubang,” katanya menerusi jawapan bertulis bagi Jawab Lisan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) yang meminta statistik aduan kerosakan jalan raya yang telah diterima dan diselesaikan menerusi aplikasi MYJalan sehingga Oktober 2024.

Sementara itu, Alexander berkata, 14,023 aduan luar bidang kuasa KKR yang diterima menerusi aplikasi MYJalan disalurkan kepada agensi berkaitan.

“Selaras dengan dasar ‘No Wrong Door Policy (NWD)’ aplikasi ini di mana aduan-aduan tersebut telah disalurkan kepada jabatan berkenaan. Aduan ini membabitkan aduan jalan di bawah seliaan pelbagai agensi.

“Pihak KKR akan terus melaksanakan pelbagai program dan sesi libat urus bersama-sama pihak berkepentingan yang lain bagi memastikan setiap aduan ditangani dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya