Kilang haram proses sisa elektronik digempur

Kilang haram proses sisa elektronik digempur

Kilang haram
ANGGOTA penguat kuasa memeriksa sisa elektronik yang berada dekat kilang itu di Ijok, Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebuah kilang haram yang pemproses sisa elektronik dari luar negara beroperasi sejak enam bulan lalu digempur pihak berkuasa di Ijok, hari ini.

Premis itu dipercayai memproses sisa seperti logam, besi, buangan tembaga dan peralatan lain yang digunakan bagi proses melerai.

Perkara itu dibongkar pasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang menyerbu kilang itu menerusi operasi bersepadu, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, pihaknya mengarahkan premis itu di tutup serta merta dan dikompaun kerana tiada lesen aktiviti mengilang.

“Sitaan turut dilakukan ke atas lima unit jentera forklift, kipas dan barangan lain bagi tindakan lanjut. Selain itu, sembilan pekerja warga asing terdiri daripada lapan Myanmar dan seorang Bangladesh ditahan kerana disyaki tiada dokumen perjalanan sah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Kuala Selangor) 2007.

Dalam pada itu Mohamad Lutfi memberitahu Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengambil sampel barangan untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis lanjut.

“Operasi kilang tersebut juga didapati gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain itu, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan air serta elektrik tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya