Kibar bendera asing: Tiga individu diambil keterangan

Kibar bendera asing: Tiga individu diambil keterangan

M. KUMAR (enam dari kanan) bersama tetamu di rumah terbuka Deepavali di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga individu diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung pengibaran bendera negara asing dalam satu acara keagamaan di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, penganjur program yang kini berada di Thailand juga sudah dihubu­ngi dan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Kita juga membuka kertas siasatan selepas menerima laporan polis susulan penularan gambar dan video ber­kenaan insiden itu, Isnin lalu,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Pera­yaan Deepavali di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah di Taman Sentosa, 20 Oktober lalu.

“Insiden tersebut berlaku di dalam bangunan dan bukan ketika perarakan jalan raya. Penganjuran acara itu tidak perlu permit polis tetapi mereka sudah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

“Anggota polis juga ditugaskan untuk memantau perjalanan. Bagaimanapun, ki­ta masih menyiasat motif mengibarkan bendera negara asing,” kata­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya