Kertas siasatan FashionValet sudah dilengkapkan - Azam Baki

Kertas siasatan FashionValet sudah dilengkapkan – Azam Baki

sprm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan berhubung pelaburan RM43.9 juta beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang, FashionValet.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan ini telah diserahkan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

“Keputusan berhubung siasatan ini akan diperoleh dalam masa  terdekat,” katanya di sini hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan SPRM membekukan akaun syarikat 30 Maple Sdn. Bhd. yang dibeli FashionValet. 

FV didakwa membeli 30 Maple dengan harga RM95 juta pada tahun yang sama Khazanah dan PNB melabur sebanyak RM47 juta dalam syarikat berkenaan.

Azam dilapor berkata, beliau telah mengarahkan pegawai untuk mempercepatkan siasatan dan setakat ini terdapat 14 orang saksi telah dipanggil dan beberapa saksi lagi akan dirakam percakapan 

SPRM turut merakam percakapan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar serta isterinya Datin. Vivy Yusof selain menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dianggarkan bernilai RM200,000 dalam pemeriksaan di kediaman pasangan terbabit. 

Pada 3 November lalu, SPRM mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dalam platform fesyen e-dagang itu. 

Pada 29 Oktober lalu, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya