Kerajaan tidak pernah abai cari MH370 - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak pernah abai cari MH370

ANTHONY Loke
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) ketika ini meneliti tawaran daripada sebuah syarikat untuk mencari bangkai pesawat MH370 yang hilang lebih 10 tahun iaitu sejak 2014.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha untuk mencari pesawat tersebut tidak akan diabaikan oleh kerajaan.

Kata beliau, sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh diperoleh maka operasi pencarian selanjutnya akan dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Dalam hubungan ini, MOT sedang merundingi tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) yang dikemukakan kepada MOT pada bulan Jun 2024 untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.

“(Pencarian akan dilakukan) di satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’.

“Mengikut prinsip tersebut, kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat ini sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Chong Zhemin (PH-Kampar) yang memintanya menyatakan adakah kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan usaha pencarian pesawat MH370.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, lokasi kawasan pencarian baharu yang dicadangkan itu adalah berasaskan kepada maklumat dan analisis data terkini yang dibuat oleh pakar-pakar serta penyelidik dirujuk oleh syarikat berkenaan.

“Cadangan operasi pencarian oleh Ocean Infinity ialah cadangan yang kukuh dan boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat MH370,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya