Kerajaan tidak halang percepat Pengenalan Akta Pendanaan Politik - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak halang percepat Pengenalan Akta Pendanaan Politik

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak keberatan untuk mempercepatkan pengenalan Akta Pendanaan Politik yang kini berada di peringkat kajian jawatankuasa khas.

Beliau berkata, akta ini masih dalam proses penelitian oleh jawatankuasa yang dilantik bagi merangka draf undang-undang itu.

“Akta ini masih dalam proses penelitian oleh jawatankuasa. Jika perlu disegerakan, saya tiada halangan. Malah, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melaksanakannya, dengan syarat parameter pelaksanaannya dibincangkan lebih lanjut,” katanyai.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dalam sesi Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, kerajaan sudah merujuk cadangan penggubalan akta ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, akta ini sepatutnya dibentangkan bersama Akta Lompat Parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Namun, ia ditangguhkan kerana keutamaan diberikan kepada isu lompat parti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya