Kerajaan Thailand kerja keras ubah tanggapan negatif Sungai Golok

Kerajaan Thailand kerja keras ubah tanggapan negatif Sungai Golok

KERAJAAN Thailand giat mengubah tanggapan negatif masyarakat luar khususnya dari Malaysia yang sebelum ini kunjungan mereka ke Pekan Sungai Golok semata-mata mahu berhibur-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK, THAILAND: Kerajaan Thailand sentiasa bekerja keras mengubah tanggapan negatif masyarakat luar khususnya dari Malaysia yang sebelum ini kunjungan mereka ke Pekan Sungai Golok semata-mata mahu berhibur.

Ketua Daerah Sungai Golok Anirut Bua-On berkata, kebanyakan rakyat Malaysia yang masuk ke sini untuk tujuan pelancongan, membeli-belah serta menikmati pelbagai pilihan makanan bersama keluarga.

“Sekitar 40 tahun lalu, orang yang datang ke Golok memang untuk berhibur kerana ramai beranggapan di sini adalah ‘syurga’.

“Namun sekarang ia sudah berubah. Pejabat Daerah sendiri giat berusaha mengubah tanggapan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sungai Golok Amin Mayusoh.

Anirut memberitahu, Pejabat Daerah tetap memperketatkan sekatan di pusat-pusat hiburan apabila hanya membenarkan individu berusia 20 tahun dan keatas.

Katanya, bukan itu sahaja pihak berkuasa tidak membenarkan senjata api seperti pistol dibawa masuk semasa berhibur.

“Jadi pelancong luar tidak perlu takut jika berkunjung atau bermalam di sini kerana tahap keselamatan berada pada tahap terbaik.

“Pejabat Daerah sentiasa bekerjasama dengan polis dan tentera bagi memastikan kawasan ini sentiasa selamat,” ujarnya.

Mengulas mengenai penangkapan enam rakyat Malaysia termasuk artis terkenal Kelantan Anirut mengakui kes tersebut menyebabkan Pekan Golok lenggang sepanjang seminggu selepas kejadian itu.

Katanya, bagaimanapun situasi semakin pulih apabila rakyat Malaysia mula kembali melancong ke sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya