Kerajaan perlu belajar dari kerugian FashionValet - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu belajar dari kerugian FashionValet

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan untuk mengambil iktibar terhadap kerugian pelaburan yang dihadapi oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Na­sional Berhad (PNB) iaitu sebanyak RM43.9 juta di dalam FashionValet Sdn. Bhd.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kerajaan sepatutnya tidak mengulangi kesilapan dengan menjual saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikuasai BlackRock Inc.

Kata beliau, penjualan saham tersebut dilihat bukan pada harga yang betul tetapi rendah dan berisiko mengundang kerugian ratusan juta ringgit.

Jelasnya, penjualan saham MAHB itu tidak akan memberi manfaat kepada negara sama sekali.

“Ini kerana kalau kita lihat harga tawaran yang dijanjikan oleh Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk mereka membawa MAHB ke peringkat swasta adalah amat murah, sekarang ini berlegar sekitar RM1.60 dan tawaran yang mereka sasarkan RM11 itu juga masih rendah berbanding potensi MAHB boleh jana kepada negara.

“Kalau kita lihat kebimbangan juga timbul baru-baru ini berkaitan pelaburan strategik Khazanah ke atas FashionValet yang kini sedang disiasat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), itu baru lebih RM46 juta rugi kita bercakap tentang kebimbangan rugi beratus juta ringgit,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, enititi seperti Khazanah yang bertanggungjawab menjaga dana milik rakyat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membuat pelaburan yang berisiko.

Jelasnya, kerajaan perlu mengikuti langkah dana pencen Norway, KLP yang melepaskan pegangan saham dalam syarikat perindustrian Amerika Syarikat, Caterpillar berjumlah hampir AS$70 juta (RM305 juta).

“(Mereka melepaskan pegangan saham itu) ekoran risiko peralatan perusahaan itu digunakan untuk melanggar hak asasi manusia di wilayah Palestin.

“Jadi saya ingin ingatkan kerajaan, jangan ulangi tatakelola dana-dana badan yang menguruskan pencarum-pencarum rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya