Kerajaan MADANI komited tingkat mutu perkhidmatan untuk rakyat - TPM - Utusan Malaysia

Kerajaan MADANI komited tingkat mutu perkhidmatan untuk rakyat – TPM

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan MADANI terus komited memperbaiki perkhidmatan kerajaan dengan harapan pencapaian yang lebih baik untuk kesejahteraan semua rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan pelbagai pihak bagi memastikan setiap komuniti mendapat perhatian sewajarnya dalam melakar hala tuju negara.

“Sepanjang dua tahun ini, pelbagai usaha telah dijalankan dan beberapa pencapaian telah dapat kita capai. Demi negara, demi masa depan kita.

“Kami ingin bersama anda semua dalam membentuk Malaysia yang sejahtera,” katanya menerusi satu hantara dalam media sosial.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) turut mengajak orang ramai menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula 22 hingga 24 November ini.

Program 2TM yang bertemakan ‘MADANI di Hati, Rakyat Disantuni’ akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada kementerian, agensi dan jabatan kerajaan untuk rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadual merasmikan program tersebut pada pukul 11 pagi, Sabtu ini.

Antara tarikan utama program ini termasuk pameran perkhidmatan daripada pelbagai kementerian, reruai usahawan dan aktiviti menarik seperti Jualan Rahmah MADANI yang dijangka mendapat sambutan ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya