Kerajaan akan dapat ‘A’ - PM - Utusan Malaysia

Kerajaan akan dapat ‘A’ – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yakin Kerajaan Perpaduan masih mempunyai masa untuk melakukan yang lebih baik dan melaksanakan janji-janji reformasinya sehingga habis penggal.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil sikap positif berhubung penilaian gred ‘D’ yang diberikan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya.

Kata beliau, gred yang diberi oleh Bersih tidak menunjukkan kerajaan gagal memandangkan kerajaan masih baharu.

“Tidak mengapalah Bersih bagi ‘D’ tapi bukan ‘F’. Mudah mudahan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) ‘D’, SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) nanti naiklah ‘A’. Insya Allah, (kerajaan masih) baru sangat,” katanya katanya sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang memintanya mengulas mengenai gred yang diberikan Bersih kepada Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, media melaporkan, Bersih memberi penarafan gred D iaitu 45.8 peratus terhadap prestasi pemerintahan Kerajaan Madani dalam tempoh dua tahun ini mencetuskan perdebatan ramai.

Sebelum ini, pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemarkahan yang diberi menunjukkan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.

Menurutnya, pihaknya ingin menekankan bahawa manifesto pilihan raya tetap terikat walaupun parti lain menyertai gabungan dan ia sepatutnya memberikan kelebihan dalam memenuhi kesemua agenda reformasi.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, laporan Bersih mengenai pemberian peruntukan mengenepikan kenyataan bahawa beliau berunding dengan kerajaan sewaktu menjadi Ketua Pembangkang sebelum ini.

Kata beliau, dirinya mewakili pembangkang mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri ketika itu dan hanya menerima draf yang dipinda, bukan draf awal.

“Larut pun sedia maklum bahawa pandangan kita kepada Timbalan Perdana Menteri II (Datuk Seri Fadillah Yusof) (adalah) jelas, (hanya) harus berunding.

“Tetapi nampak pembangkang keengganan berunding itu menyebabkan hal ini tertangguh. Jadi kalau Pendang umpamanya bersetuju menjadi salah seorang perunding, boleh runding segera dan saya kalau boleh bersetuju (maka) kita terima,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya