Kerabat Pahang antara lima didakwa cederakan seorang lelaki

Kerabat Pahang antara lima didakwa cederakan seorang lelaki

TERTUDUH diiringi peguam bersama empat lelaki mengaku tidak bersalah cederakan seorang lelaki kektika dihadapakan ke Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang kerabat Pahang antara lima lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Kuantan, di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau, Jun lalu.

Tertuduh, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20, dan empat yang lain iaitu Nik Norisham Affendi NiK Mohd Zani, 39; Mohd. Fouzi Md, Nur,44; Mohd Taufik  Daud, 32, serta Khairul Azhar Rosli, 38, membuat pengakuan tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat. 

Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh secara bersama dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan di bahagian paha kanan mangsa. 

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan terbabit di kawasan lot tanah bangsal kuda di Jalan Teluk Sisek, di sini,  dalam kejadian 12.20 pagi, 6 Jun lalu. 

Justeru, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama tempoh maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu. 

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwa Negeri, Sharizat Ismail, Noor Aishah Mohd. Amin dan Deevagaran Naidu Baskaran.

Empat tertuduh masing-masing diwakili empat peguam yang diketuai peguam Y. Sheelan Samugam manakala seorang tertuduh yang merupakan anggota polis diwakili peguam Mohamed Badruzzaman Abu Bakar.

Pihak pembelaan memohon rayuan pengurangan wang jaminan terhadap kesemua tertuduh dengan kadar RM5,000 seorang.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan wang jaminan RM7,000 setiap seorang di samping kesemua tertuduh perlu melaporkan diri setiap bukan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) setiap bulan serta tidak dibenarkan mengacau ganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 11 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Terdahulu media melaporkan, seorang pekerja pembinaan, Alias Awang, 44, mendakwa dirinya dipukul dan diserang menggunakan pisau serta pistol oleh sekumpulan lelaki termasuk membabitkan seorang kerabat diraja Pahang dalam kejadian di sebuah kandang kuda, Jun lalu.

Kejadian terbabit tular dan mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang kemudiannya menitahkan polis menyiasat kes tersebut dengan segera, telus, adil dan tegas tanpa kompromi mana-mana pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN