Kenaf jana pendapatan RM14,000 semusim

Kenaf jana pendapatan RM14,000 semusim

MOHAMMAD Nazri Romli menunjukkan antara produk kenaf di Kangar, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Petani menanam kenaf mampu menjana pendapatan sehingga RM14,000 semusim sekali gus menjadi sumber pendapatan baharu kepada pekebun-pekebun kecil negeri ini.

Di Perlis lebih 100 petani terlibat dengan tanaman kenaf. Bagi mendapat pendapatan dengan jumlah tersebut, petani perlu mengusahakan tanaman kenaf sekitar dua hektar.

Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) negeri, Mohammad Nazri Romli berkata, para petani khususnya di Lembah Chu­ping, Titi Tinggi dan Semadong itu mengusahakan tanaman sama ada di tanah sendiri atau disewa.

Katanya, mereka yang mengusahakan tanaman di kawasan seluas satu hektar, sekurang-kurangnya boleh menjana pendapatan antara RM5,000 sehingga RM7,000.

Menurut beliau, kerajaan menyediakan bantuan seperti input dan biji benih untuk tujuan itu malah risiko tanaman juga agak rendah berbanding tanaman lain.

“Mereka yang mempunyai kawasan tanaman padi terbiar boleh bergilir-gilir mengusahakan tanaman kenaf. Malah, 70 peratus kerajaan sediakan bantuan kepada mereka,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya