Kematian siswa: UiTM, Palapes bertindak ikut SOP masing-masing

Kematian siswa: UiTM, Palapes bertindak ikut SOP masing-masing

Palapes UiTM
SHAHRIN Sahib @ Sahibuddin berucap pada Program Setahun Naib Canselor 7 Bersama UiTM: Kebersamaan Mencorak UiTM Melangkah Jauh, dekat Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), di UiTM Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai prosedur operasi standard tersendiri yang tertakluk di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menguruskan latihan dan mahasiswa yang menyertainya.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, kaedah sama turut berkuatkuasa bagi Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) yang tertakluk di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, berhubung siasatan terhadap kes kematian seorang mahasiswa pegawai kadet Palapes ketika menjalani latihan adalah tertakluk di bawah ATM.

“UiTM hanya bertindak sebagai penyelaras umum dalam urus tadbir untuk kokurikulum Palapes dan Suksis, kerana kawalan dan jurulatih datang daripada kedua-dua badan beruniform itu.

“Apabila berlaku sebarang kejadian UiTM ada SOP dan mereka pun ada SOP. Bapa arwah sudah membuat laporan polis, bila perkara itu berlaku kita memang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan kita sedia memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas Program Setahun Naib Canselor 7 Bersama UiTM: Kebersamaan Mencorak UiTM Melangkah Jauh, semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan UiTM bersedia memberikan kerjasama kepada semua pihak terlibat yang menyiasat kes kematian mahasiwanya yang juga pegawak kadet Palapes yang didakwa meninggal dunia pada 13 November lalu akibat didera oleh jurulatihnya.

Bagaimanapun, UiTM dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya mengambil maklum terhadap perkara tersebut dan menyerahkan kepada ATM dan polis untuk melakukan siasatan selain bersedia untuk bekerjasama.

Dalam pada itu, Shahrin sekali lagi menegaskan, pengurusan UiTM tidak akan mencampuri urusan siasatan dilakukan oleh pihak terlibat, bagaimanapun akan menyemak semua peringkat SOP untuk ditambah baik.

“Kita tidak boleh campur tangan dengan siasatan pihak tentera. Perkara kita boleh lakukan adalah secara umum mengikut dasar dan mengemaskininya serta SOP (melibatkan semua pasukan beruniform di UiTM).

“Pengemaskinian itu bagi mengelakkan situasi sama berulang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya