Kelantan, Terengganu hadapi hujan tahap bahaya - Utusan Malaysia

Kelantan, Terengganu hadapi hujan tahap bahaya

BEBERAPA jalan utama di Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Dendang, Ketereh dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh Kelantan dan Terengganu diramalkan mengalami hujan lebat berterusan tahap bahaya sehingga Jumaat ini.

Berdasarkan amaran hujan lebat berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), keadaan sama turut melanda dua daerah di Pahang iaitu Jerantut dan Kuantan.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan berkuatkuasa sehingga Jumaat ini membabitkan Perlis, Kedah, Perak dan Pahang.

“Kawasan yang terlibat adalah daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin di Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MET Malaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sabah sehingga Jumaat ini.

“Kawasan terlibat adalah Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Pulau Pinang; Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak; Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang; Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor serta Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat di Sabah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi MET Malaysia.

Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya