Kekangan akta kanak-kanak punca pedofilia berleluasa

Kekangan akta kanak-kanak punca pedofilia berleluasa

Kekangan akta berkaitan kanak-kanak menjadi faktor utama kes pedofilia berleluasa di negara ini akibat kegagalan pihak berkuasa menghalang bahan berkaitan diakses oleh orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekangan akta berkaitan kanak-kanak menjadi faktor utama kes pedofilia berleluasa di negara ini akibat kegagalan pihak berkuasa menghalang bahan berkaitan diakses oleh orang ramai.

Naib Presiden II Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Fatiha Jamhari berkata, negara sudah mempunyai Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk membanteras gejala tidak sihat itu.

“Malangnya terdapat keku­rangan dalam akta-akta ini iaitu kuasa untuk memantau dan memerangkap pengeluar kandungan pornografi khususnya pedofilia,” katanya kepada Ming­guan Malaysia.

Akhbar ini kelmarin melaporkan bilangan kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat 26.5 peratus pada tahun lalu berbanding tahun 2022.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin pula berkata, peningkatan tersebut mencatatkan rekod sebanyak 1,567 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 1,239 kes.

Selain itu katanya, kesalahan amang seksual secara fizikal pada tahun lalu turut merekodkan peningkatan ketara seba­nyak 21.1 peratus iaitu 1,389 kes berbanding 1,147 kes pada 2022.

“Kesalahan amang seksual secara bukan fizikal dan pornografi kanak-kanak masing-ma­sing merekodkan 91 kes dan 67 kes pada tahun sama,” katanya.

Berdasarkan statistik DOSM, anggaran penduduk 2024, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun adalah berjumlah 9.14 juta iaitu 26.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia 34.06 juta.

Dalam pada itu, Fatiha berkata, kebanyakan pemangsa yang melakukan pedofilia adalah mereka yang pernah melalui pengalaman penderaan seksual.

“Pedofilia tiada kaitan genetik, malah terdapat kajian menunjukkan ia keinginan seksual yang tidak normal dalam ahli keluarga terdekat pemangsa.

“Kes pedofilia berlaku dalam kalangan pemangsa yang pernah didera secara seksual ketika zaman kanak-kanak mereka,” ujarnya.

Sementara itu, pakar sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, undang-undang semata-mata tidak akan mampu menyelesaikan sebarang masalah pedofilia.

“Sekatan perlu dilaksanakan kepada kanak-kanak supaya mereka tidak mempunyai akses
di media sosial seperti orang dewasa. Perkara tersebut di­khuatiri akan menimbulkan pelbagai aktiviti yang tidak sihat serta memberi impak kepada kehidupan masa depan mereka.

“Undang-undang yang sedia ada memerlukan sokongan daripada ahli masyarakat terutamanya pihak guru, sekolah, ibu bapa dan juga masyarakat secara umumnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya