Kebajikan bekas pengikut GISBH dibela

Kebajikan bekas pengikut GISBH dibela

MOHD. Fared Mohd. Khalid bersama pembayar zakat perniagaan dalam Majlis Serah Zakat Perniagaan, Pemberian Bantuan Zakat dan Pertukaran MoU di Iskandar Puteri, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mula melaksanakan proses pemurnian dan pemulihan akidah terhadap bekas ahli-ahli GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam ne­geri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, langkah tersebut dibuat dengan pendekatan secara sukarela dan penguatkuasaan undang-undang.

Menurutnya, fokus utama inisiatif pemulihan adalah membawa kembali bekas ahli GISBH ke ajaran sebenar berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

“Kedua, kita beri bimbingan dan MAINJ pun bersetuju akan bantu dari segi saraan bulanan. Ini kerana kita tahu selepas mereka dikenakan tindakan, perniagaan mereka tidak dapat digerakkan.

“Oleh itu, MAINJ ambil tindakan dengan cara menjaga kebajikan mereka, isi keluarga mereka dan bantuan persekolahan,” katanya selepas Majlis Pembayaran Zakat, Pemberian Bantuan Zakat dan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di sini, semalam.

Mohd. Fared memberi jaminan MAINJ akan menjaga mereka selagi mengikuti dan mematuhi arahan kerajaan untuk mengikuti kelas pemulihan.

Katanya, bekas ahli GISBH yang datang secara sukarela ke pusat pemulihan di Jalan Gertak Merah di sini akan turut dibantu dari segi saraan bulanan.

Dalam pada itu, Mohd. Fared memaklumkan, MAINJ tidak pernah menerima bayaran zakat daripada ahli GISBH sejak mereka menjalankan perniagaan di negeri ini.

Beliau turut memberitahu, MAINJ akan mengeluarkan fatwa berkaitan GISBH dalam tempoh sebulan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Ujarnya, ia susulan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman GISBH adalah sesat dan menyeleweng. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya