Kategori zon perkukuh ekonomi maritim negara

Kategori zon perkukuh ekonomi maritim negara

MOHAMAD ROSNI OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Institut Maritim Malaysia (MIMA) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk melaksanakan satu sistem khas mewujudkan beberapa kategori zon dalam usaha memperkukuhkan ekonomi maritim negara.

Ketua Pengarah MIMA, Prof. Ts. Dr. Mohamad Rosni Othman berkata, cadangan tersebut bakal dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan dengan tumpuan utama di perairan Selat Melaka termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, ia bertujuan menguruskan sumber laut dengan lebih mampan dan efisien serta meningkatkan sumber ekonomi maritim.

“Setakat ini kita belum pernah ada sistem zon yang berintergrasi kerana itu kita tidak dapat mengurus dan meneroka sumber laut negara kita secara terperinci dan mampan disebabkan pelbagai halangan.

“Kita akan mengukur dan buat penilaian sektor zon secara berstruktur sebagai contoh untuk pelancongan marin yang membabitkan kapal-kapal persiaran, laluan kabel dasar laut dan zon penangkapan ikan.

“Justeru, MIMA akan mengguna pakai kaedah yang efektif iaitu Maritime Special Planning (MSP) dan Pengurusan Zon Pantai Bersepadu kerana kaedah ini melibatkan banyak agensi kerajaan dan pihak swasta,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya Persidangan Ekonomi Maritim Antarabangsa Melaka (MIMEC) 2024 di sini, semalam.

Tambah Mohamad Rosni, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk membuat kajian terperinci bagi mengenal pasti beberapa kategori zon yang perlu dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya