Karnival Madani LPJ kembali lagi

Karnival Madani LPJ kembali lagi

ORANG ramai mengunjungi gerai jualan dan pameran bermula 8 hingga 10 November sempena Karnival Madani LPJ 2024 di Ibu Pejabat LPJ, Pasir Gudang, Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Karnival Madani Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) 2024 kembali bagi tahun kedua penganjurannya yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung bagi setiap peringkat umur.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di tapak bersebelahan Bangunan Ibu Pejabat LPJ, di sini.

Pengurus Besar LPJ, Datuk Monaliza Suhaimi berkata, Karnival Madani LPJ yang bertemakan ‘Gerbang Selatan Malaysia Memperkasakan Komuniti’ mendapat keterlibatan pelbagai pihak dalam penganjuran pada kali ini.

MONALIZA SUHAIMI

Katanya, objektif karnival adalah untuk memperkenalkan lagi LPJ dan pelabuhan kepada masyarakat umum dengan JB dengan menekankan kepada aspek pelabuhan sebagai pembina komuniti.

“Kita ingin berkongsi tentang kerjaya di pelabuhan serta sumbangan LPJ dan pelabuhan terhadap ekonomi di Johor dan kepada negara.

“Pelbagai aktiviti diatur sepanjang tiga hari Karnival berlangsung antaranya adalah Bicara Addin, pertandingan mewarna, bicara berirama, busana adiwira, fun ride dan fun run, xplorace dan pertandingan bonsai.

“Karnival ini turut diserikan dengan persembahan artis ter­kenal artis tanah air seperti Noh Hujan, 6ixth Sense, Irfan and The Barista, Cherpen, Dinamik, Imran Ajmain, Aepul Roza Drama Band, Sofaz dan ramai lagi,” katanya kepada pemberita semalam.

Karnival Madani LPJ 2024 me­li­batkan kolaborasi antara ope­rator pelabuhan Johor Port Berhad, PTP Sdn. Bhd., terminal jeti persendirian, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Pengangkutan Awam Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

Monaliza berkata, karnival ini dianjurkan ekoran sambutan hangat serta permintaan dari umum untuk LPJ terus menga­dakan Karnival ini.

Katanya, bersempena Karni­val Madani LPJ ini, sebanyak 44 ruang pameran disediakan dengan penglibatan dari Kemen­terian Pengangkutan, ope­rator pelabuhan, pihak Universiti, institusi kewangan, Perkeso, hospital serta syarikat-syarikat swasta yang menawarkan pe­luang-peluang pekerjaan dalam industri logistik dan maritim.

Tambahnya, LPJ juga menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada pe­ngunjung.

“Karnival kali ini diadakan Port Tour di mana kita membenarkan masyarakat melihat sendiri persekitaran dan suasana operasi pelabuhan,” ujarnya.

“Jadi, bagi yang berminat untuk menyertai port tour bagi pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung pelepas, silalah ke khemah Port Tour yang berada di Tapak Karnival. LPJ berkolaborasi dengan Pengangkutan Awam Johor menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa pengunjung masuk ke pelabuhan,” ujarnya.

Tambahnya, dia menjangkan lebih Karnival Madani LPJ ini mendapat sambutan yang lebih baik berbanding tahun lalu dengan seramai 15,000 pengunjung yang hadir.

“LPJ juga mengambil kesempatan ini untuk menyambut bulan Keluarga MADANI dengan menggalakkan seluruh warga LPJ serta keluarga masing-masing untuk terlibat, jangan lupa terdapat juga cabutan bertuah kepada pengunjung yang bertuah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya