Karnival Ban Canal: Sabak Bernam mahu status Rizab Biosfera UNESCO

Karnival Ban Canal: Sabak Bernam mahu status Rizab Biosfera UNESCO

PESERTA program melihat tenuk antara haiwan diancam kepupusan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, pada Karnival Ban Canal di Sabak Bernam semalam. – UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Karnival Ban Canal disasar memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap sasaran pengiktirafan Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) (UBR) kepada penduduk Sabak Bernam berikutan kepelbagaian biodiversitinya yang dipelihara dan dipulihara.

Ini kerana daerah ini bukan sahaja memiliki kepelbagaian biologi, malah spesies liar teran­cam termasuk unggas, ikan, mamalia kecil, primat, reptilia, burung, ungulat (kambing gurun), mamalia besar canine (famili anjing seperti serigala), felid (famili kucing) dan civet (musang).

Menurut Ketua Penyelidik Pencalonan Rizab Biosfera, Prof. Dr. Siti Azizah Mohd. Nor, hidupan liar terancam itu dilindungi melalui peraturan dan akta khusus mencegah pemburuan dan pemilikan haram justeru semangat kesedaran perlu dipupuk dalam kalangan komuniti supaya turut sama membantu dalam pemeliharaan hidupan liar.

“Manfaat pengiktirafan Sabak Bernam sebagai Rizab Biosfera UNESCO termasuk melindungi alam semula jadinya yang unik, boleh meningkatkan ekonomi penduduk setempat, menjamin kelestarian alam dan memupuk kesedaran komuniti dan berkerjasama dengan semua pemegang taruh .

“Karnival Ban Canal ialah satu pendekatan efisien untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan melindungi flora dan fauna. Ia adalah sebahagian daripada usaha Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) yang berterusan untuk mencapai impak berkekalan,” katanya.

Kata Siti Azizah, status Rizab Biosfera UNESCO merupakan ‘sijil jaminan’ yang boleh memberitahu dunia bahawa Sabak Ber­nam adalah istimewa, mengutamakan pemeliharaan biodiversiti di kawasan itu.

Pengunjung Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun dari Pusat Wanita Berdaya (PWB), Nazilah Othman, 41, berkata, daerah Sabak Bernam sebelum ini dikenali umum sebagai lokasi bendang sawah padi dan agro makanan, namun sebenarnya lebih daripada itu.

“Saya dan rakan-rakan dapat melihat habitat dan cara pengurusan haiwan secara lebih dekat. Ia menunjukkan bahawa Anjung Utara negeri ini bukan saja sarat dengan kehijauan hutan malah hidupan liar yang unik,” kongsinya.

Pengunjung Pusat Konservasi Kelip-Kelip Sungai Panjang, Norsyairah Abdul Rahman, 41, berkata, pusat itu antara keunikan biodiversiti ditawarkan di Sabak Bernam.

“Karnival Ban Canal mampu memupuk penjagaan warisan alam semula jadi yang perlu diteruskan oleh generasi akan datang. Saya yang pertama kali berkunjung ke pusat itu malam tadi (semalam), terpegun melihat keindahan Pokok Berembang diterangi kelip-kelip,” ujar anak kelahiran pekan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya