Kanak-kanak GISBH berisiko kembali jika tidak dipulih

Kanak-kanak GISBH berisiko kembali jika tidak dipulih secara berkesan

Kanak-kanak GISBH
AMIRUDIN Shari ditemui pemberita dalam sidang akhbar khas perkembangan anak-anak GISBH dan penyerahan sumbangan bantuan pemulihan, dekat Bangunan Annexe, Wisma Dewan Negeri Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemulihan terhadap kanak-kanak yang diselamatkan daripada Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) perlu dipandang serius dan melalui proses mencukupi bagi memastikan generasi itu tidak kembali seperti gerakan Syarikat Rufaqa Corporation (Rufaqa).

Kebimbangan tersebut itu timbul berdasarkan bekas pengikut Al-Arqam terdahulu yang mewujudkan Rufaqa walaupun mereka sudah melalui kursus pemulihan selama 500 jam di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keadaan semasa adalah lebih kritikal apabila negara berdepan dengan generasi masa hadapan yang dibimbangi akan mewujudkan gerakan sama jika tidak dipulihkan dengan berkesan.

“Kita juga sedang mengkaji supaya dapat mempunyai tempoh jangka masa yang lebih panjang untuk proses pemulihan anak-anak dan itu kita pulang kepada bahagian perundangan kerana pada jangkaan kita anak-anak itu memerlukan minimum setahun pada peringkat awal dapatan untuk proses pemulihan.

“Namun, kita tertakluk kepada perkara yang dibatasi seperti undang-undang dan sebagainya, hal itu akan dirujuk oleh bahagian perundangan dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000 daripada kerajaan negeri kepada Jawatankuasa Pemulihan Anak-Anak GISBH Selangor yang ditubuhkan untuk merancang pelan pemulihan komprehensif dan berkesan kepada mereka.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang bertanggungjawab menyelaras wang sumbangan diterima untuk anak-anak GISBH.

Dalam pada itu, Amirudin turut memaklumkan perkembangan anak-anak GISBH menerusi libat urus dalam jawatankuasa tersebut bersama pakar-pakar bidang yang dibahagikan kepada empat kluster iaitu kebajikan, kesihatan, perundangan dan pendidikan.

“Daripada pemeriksaan kesihatan (lebih 200 kanak-kanak disaring), 26.8 peratus kanak-kanak didapati bantut dan 6.8 peratus adalah bantut teruk. Namun selepas dua bulan di pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 38.6 peratus mengalami pertambahan berat badan. 22 peratus kanak-kanak berusia sifar hingga enam tahun mengalami masalah pertuturan.

“Hasil saringan kesihatan mental pula mendapati sebanyak 84.8 peratus mengalami masalah kemurungan dengan majoriti atau 60 peratus berada di tahap ringan, 96.7 peratus bimbang dan 55 peratus pula berada di tahap ringan.

“Soal selidik permasalahan akidah dalam kalangan 176 kanak-kanak berusia empat hingga 17 tahun mendapati, majoriti mereka tidak mempunyai masalah akidah yang kritikal. Hanya 10 peratus mempunyai masalah iktikad kritikal dan 15 peratus mempunyai masalah amalan Islam yang serius,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya