‘Kami ingat kami akan mati hari ini’

‘Kami ingat kami akan mati hari ini’

KEADAAN bot yang dipukul ribut dan terdampar di muara Sungai Perak di Kampung Sungai Tiang di Bagan Datuk kelmarin. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Enam kru bot berdepan detik cemas apabila bot mereka dipukul ribut dan dihanyutkan hingga ke muara perairan Sungai Tiang di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Pontian, Johor apabila bot menunda sebuah bot layar dipukul ribut pada pukul 1 petang dan semua mangsa terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Pemilik dua bot tersebut, Teo Ah Huat, 64, berkata, pada awalnya perjalanan lancar namun apabila tiba di muara Sungai Perak, cuaca berubah dan ombak tinggi melanda sekitar perairan tersebut.

Menurutnya, ini menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berlabuh dan menurunkan sauh sementara menunggu keadaan cuaca kembali cerah.

“Namun keadaan cuaca bertambah buruk, ombak tinggi menyebabkan kedua-bot kami terumbang ambing. Kami cuba bergerak ke kawasan pantai namun secara tiba-tiba enjin bot tidak boleh dihidupkan.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa, kami ingat kami akan mati dengan masing-masing berdiam diri dan menahan kesejukan akibat hujan.

“Selepas dua atau tiga jam kami berada di muara sungai, tiba-tiba sebuah bot nelayan melalui kawasan tersebut dan kami memberi isyarat lampu kecemasan sebelum mereka menarik bot kami ke tepi muara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, ketika bot mereka ditarik, bot yang mereka tunda dihanyutkan ombak hingga ke muara dan mengalami kerosakan.

Katanya, antara kerosakan yang dialami termasuk patah bahagian layar dan beberapa kerosakan lain.

“Buat masa ini kami berehat di Bagan Sungai Tiang sementara menunggu kerosakan enjin kipas dan stering dibaiki sebelum meneruskan perjalanan ke Pontian.

“Saya bersyukur kejadian ini tidak melibatkan kecederaan atau insiden lebih buruk,” katanya.

Sementara itu, nelayan tempatan yang membantu kru bot tersebut, Mohamad Nahar Sarip, 60, berkata, dia melihat situasi itu ketika dalam perjalanan balik dari menangguk kerang di muara Sungai Perak.

“Saya segera menghampiri bot tersebut dan melihat mereka alami kecemasan. Bot mereka layar patah layar manakala bot laju tidak boleh bergerak disebabkan masalah enjin.

“Saya bersyukur dapat membantu mereka dan semuanya selamat tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya