Jumlah pegawai ditambah pantau pelajar UPNM

Jumlah pegawai ditambah pantau pelajar UPNM

ADLY Zahari menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan E-Sukan Sekolah Dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia (SDK ATM) di SMK Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Pertahanan akan menambah bilangan pegawai di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai salah satu usaha membendung kes buli dan penderaan dalam kalangan penuntutnya.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, pertambahan pegawai berdasarkan nisbah pelajar itu diyakini dapat meningkatkan tumpuan pengawasan sekali gus mencegah insiden buli berulang.

Jelasnya, perkara itu telah dibincangkan di peringkat kementerian manakala usaha menyedarkan penuntut universiti mengenai jenayah buli turut diberi keutamaan dan dibuat secara berkala.

“Kita (Kementerian Pertahanan) tidak boleh terima kes buli berlaku di universiti ini. Dalam kes yang macam ini, kita tidak boleh tolak ansur dan akan bertindak berdasarkan peraturan yang termaktub dalam kem.

“Jika ada laporan polis yang dibuat, kami di pihak kementerian akur dengan tindakan undang-undang yang akan diambil,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kes buli dengan menekap seterika pada badan melibatkan pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman tujuh tahun lalu berulang lagi dan kali ini melibatkan pelajar tahun dua.

Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM itu dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya