TEXAS: Pemenang rancangan The Voice 2016, Sundance Head, masih menjalani pemulihan di rumah akibat kecederaan selepas terkena tembakan rambang ketika melakukan aktiviti berburu di Timur Texas, sekitar sini, baru-baru ini.
Penyanyi berusia 46 tahun yang popular dengan lagu bergenre country itu dilaporkan belum sepenuhnya stabil.
Juara ke-11 pertandingan nyanyian popular itu sebelum ini terkena tembakan di perut ketika cuba mengangkat pistol yang terjatuh dalam kenderaannya.
Head, selepas kejadian itu segera dikejarkan ke sebuah hospital di Tyler menaiki pengangkutan udara.
Keadaannya bagaimanapun stabil dan tidak memerlukan pembedahan kerana tiada kecederaan organ dalaman dikesan.
Head, sebelum menjuarai The Voice, pernah menyertai rancangan American Idol pada tahun 2007 namun tersingkir selepas tersenarai antara 16 peserta yang mara ke peringkat seterusnya.