Johor sedang masuk 'era emas' - Onn Hafiz - Utusan Malaysia

Johor sedang masuk ‘era emas’ – Onn Hafiz

ONN HAFIZ Ghazi (empat dari kiri) dan Klaus Ziemsky menandatangani plak Pusat Logistik Serantau Mercedes-Benz Parts Logistics Asia Pacific Sdn. Bhd., di Senai, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Johor sedang memasuki era emas, khususnya dengan kemasukan pelbagai pelaburan  daripada syarikat antarabangsa ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara tersebut bukan angan-angan kosong, sebaliknya bersandarkan statistik ditunjukkan khususnya melibatkan kemasukan pelaburan.

“Saya tidak cakap ini kerana bermimpi, tetapi melihat situasi semasa di Johor, kita ada infrastruktur dan pelabuhan terbaik sama ada pelabuhan laut atau pelabuhan udara.

“Selain itu, inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang bakal ditandatangani pada 8 atau 9 Disember ini juga akan meningkatkan lagi ekonomi Malaysia,” katanya pada Majlis Pembukaan Pusat Logistik Serantau Mercedes-Benz Parts Logistics Asia Pacific Sdn. Bhd., di Senai, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Operasi Logistik Global Parts Mercedes-Benz, Klaus Ziemsky.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri komited untuk memudah cara proses melabur di negeri ini menerusi termasuk inisiatif ‘Kulai Fast Lane’ yang akan diperluas dengan nama Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC).

“‘Kulai Fast Lane’ telah memudahkan kemasukan lebih 38 pelaburan bernilai RM52 bilion. Pelaburan Mercedes-Benz ini salah satu daripadanya dan ia bernilai RM1.5 bilion.

“Bermula dengan persetujuan pelaburan sehingga majlis pembukaan pusat logistik ini, ia hanya memakan tempoh 23 bulan berbanding biasa yang memakan waktu lebih lama,” katanya.

Menurutnya, keputusan Mercedes-Benz melabur di Johor membuktikan tarikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan strategik dan bernilai tinggi di peringkat global.

Sementara itu, Ziemsky  memberitahu, pusat logistik itu akan memberi perkhidmatan kepada lebih 20 buah negara yang menempatkan perniagaan Mercedes-Benz di Asia Pasifik.

“Kerjasama antara Mercedes-Benz dan Malaysia telah mula terjalin sejak 2003 dan kini ia dikembang dan terus diperkukuhkan. Kami berharap kerjasama ini akan terus memacu kecemerlangan bagi kedua-dua pihak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya