JKKN semarakkan teater tradisional makyung

JKKN semarakkan teater tradisional makyung

ANTARA babak menarik dalam pementasan teater Mak Yong Raja Tangkai Hati di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, semalam. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) terus menyemarakkan teater tradisional makyung menerusi pementasan Mak Yong Raja Tangkai Hati selama dua hari di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.

Ketua Pengarahnya, Mohd. Amran Mohd. Haris berkata, pementasan berlangsung pada Sabtu dan semalam bertujuan mengangkat pementasan teater tradisional makyung yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Karya Agung Dunia pada 2005.

“Pementasan teater ini juga untuk menyemarakkan kembali teater tradisional makyung kepada masyarakat terutama sekali generasi muda.

“Pementasan ini bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi ia juga boleh mengetengahkan nilai-nilai madani yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, dalam pementasan teater makyung, nilai yang ditekankan adalah kebijaksanaan, keadilan, kesetiaan, pengorbanan, keberanian dan ketabahan seseorang.

Jelas beliau, karya itu juga adalah satu pementasan yang menggabungkan elemen tradisional dan kebudayaan Melayu.

Katanya, makyung adalah teater yang unik dan penuh de­ngan nilai-nilai estetika serta sejarah yang tinggi.

“Mak Yong Raja Tangkai Hati adalah antara karya yang cukup terkenal dalam dunia pementasan teater dan seringkali menjadi persembahan warisan budaya Melayu yang kaya dengan nilai-nilai murni.

“Pementasan ini adalah pen­ting dalam memelihara dan mem­promosikan karya agung teater tradisional makyung,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN