Jeti di Semporna macam sayur, macam rojak - Bung Moktar - Utusan Malaysia

Jeti di Semporna macam sayur, macam rojak – Bung Moktar

BUNG Moktar Radin (kiri) semasa menghadiri persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin kecewa dengan kegagalan kerajaan negeri dalam menambah baik prasarana pelancongan yang ada untuk menarik pelancong ke Sabah.

Beliau berkata, bagaimana Sabah boleh menarik lima juta pelancong setahun sekiranya tidak memanfaatkan prasarana dan fasiliti yang ada.

“Di Semporna, banyak pulau-pulau dan pusat pelancongan, tapi tidak berlesen. Jeti kita di Semporna pun macam sayur, macam rojak. Kita tahu ada wang di situ tapi, kenapa kita tidak belanjakan.

“Saya pun tidak tahu apa yang perlu kita beritahu dengan kerajaan ini. Kalau saya bercakap keras, Yb tuduh saya cuba memecahbelahkan tetapi, ini realitinya,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Taman-Taman (Pindaan) 2024 pada persidangan DUN Sabah, hari ini.

Menyentuh tentang pencemaran Sungai Kinabatangan, Bung Moktar berkata, penanaman kelapa sawit di sepanjang sungai tersebut menyebabkan sungai semakin terdedah kepada pencemaran.

“Kalau sungai sudah hancur bermakna masa depan juga hancur. Kita lihat sekitar tebing Sungai Kinabatangan 570 kilometer yang ditanam kelapa sawit. Tebing-tebing juga tidak kelihatan.

“Namun tidak ada tindakan jadi, apa kita harapkan untuk masa depan generasi anak muda kita, kalau kita tidak ada perancangan. Bagaimana kita hendak hentikan semua ini agar tidak ada pencemaran, tidak ada lagi penanaman di tebing-tebing sungai,” katanya.

Menurut beliau, pencerobohan sungai ini juga mengakibatkan bekalan air bersih tercemar. Dulu-dulu sungai ini bersih tetapi, dicemari oleh masyarakat yang tidak berpengetahuan tapi, tidak boleh salahkan mereka sebab mereka tidak dididik dan diberi penjelasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya