GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli yang tinggal di pos pedalaman daerah ini memohon agar peminat ekspedisi sukan lasak kenderaan pacuan empat roda (4X4) tidak melakukan aktiviti di kawasan perkampungan mereka pada musim tengkujuh yang melanda tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar, Hanan Anjang berkata, aktiviti kenderaan lasak atau mendaki gunung tidak sesuai diadakan ketika musim hujan kerana faktor keselamatan selain boleh merosakkan jalan perhubungan di kawasan perkampungan Orang Asli. Katanya, jalan tanah menuju ke Pos Balar di sini ketika ini berlaku banyak kerosakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya