Jalan Gua Musang-Jeli ditutup akibat mendapan tanah

Jalan Gua Musang-Jeli ditutup akibat mendapan tanah

JALAN di Kilometer 35 Gua Musang-Jeli, Kelantan ditutup kepada semua kenderaan selepas berlaku mendapan tanah sejak semalam-IHSAN PENDUDUK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jalan Gua Musang-Jeli di Kilometer 35 ditutup kepada semua kenderaan sejak pukul 10 malam tadi berikutan mendapan tanah yang dikesan berlaku di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, tindakan itu kerana pihaknya bimbang berlaku pergerakan air bawah susulan hujan yang masih berterusan ketika ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) dearah kejadian itu dikesan berlaku pada pukul 10 pagi semalam dan jalan tersebut masih dibuka kepada semua kenderaan.

“Pihak telah membuat pemantauan dan penilaian malam tadi dan jalan terbabit ditutup sehinggalah notis baharu dikeluarkan.

“Hasil pemantauan jalan itu kelihatan melengkung dan semakin mendap. Kita takut berlaku pergerakan air bawah tanah, jadi kita tutup laluan sementara waktu untuk memberi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat penilaian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, anggota penyelamat dan JKR akan melakukan pemantauan berterusan di sepanjang 15 meter kawasan terlibat.

Katanya, buat sementara waktu ini, pengguna boleh melalui jalan alternatif dengan menggunakan Jalan Jelawang-Sungai Sam untuk ke Gua Musang

“Pihak terlibat sudah membuat tindakan awal dengan meletakkan plastik penghalang dan papan tanda tanah runtuh untuk memberi makluman kepada pengguna jalan raya,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya