Isu sempadan Laut China Selatan perlu dibincang di DUN Sabah - Mohd. Shafie - Utusan Malaysia

Isu sempadan Laut China Selatan perlu dibincang di DUN Sabah – Mohd. Shafie

MOHD. Shafie Apdal (kanan) semasa sidang akhbar pada Persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Isu sempadan maritim perlu dibawa untuk dibincangkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah susulan kelulusan akta baharu Filipina yang dikhuatiri melangkaui sempadan negara.

Ketua Pembangkang DUN Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, jaminan telah diberikan bahawa isu berkiatan Laut China Selatan akan dibawa peringkat DUN untuk dibincangkan.

Beliau berkata, isu sebegitu perlu dibincangkan dengan lebih telus agar semua pihak mengambil maklum tentang situasi yang sedang berlaku.

“Bukan kita tidak setuju, kita setuju mengenai apa juga langkah yang diambil. Sekurang-kurangnya kita maklum dan kita boleh gunakan landangan perundangan yang ada seperti Perkara 2(1) Perlembagaan Malaysia berhubung kait dengan pengurusan kawasan sempadan yang harus dimaklumkan kepada DUN sebelum diluluskan di peringkat Parlimen,” katanya semasa sidang akhbar sempena persidangan DUN Sabah, semalam.

Beliau berkata demikian susulan kelulusan dua akta baharu Filipina iaitu Akta Zon Maritim Filipina (RA 12064) dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (RA 12065) yang dikhuatiri akan mengakibatkan risiko pencerobohan di sempadan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya