Isu pelajar warganegera Malaysia rentas Sungai Golok dianggap selesai-KPM

Isu pelajar warganegera Malaysia rentas Sungai Golok dianggap selesai-KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia menganggap isu pelajar warga Malaysia merentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang, Kelantan selesai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) menganggap isu pelajar warganegara Malaysia merentas sempadan melalui Sungai Golok untuk bersekolah di Rantau Panjang selesai.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, hal ini kerana ibu bapa pelajar terbabit telah diberikan pilihan sama ada menempatkan anak-anak mereka di asrama, memohon pas perjalanan yang sah atau tinggal bersama saudara mara terdekat.

“Segala keputusan berada di tangan ibu bapa pelajar terbabit dan mereka telah membuat pilihan masing-masing berhubung isu tersebut.

“Kita telah beri pilihan kepada ibu bapa pelajar dan mereka juga sudah buat pilihan masing-masing. Jadi di peringkat KPM kita sudah selesai

“Apa yang lebih penting dalam isu ini adalah keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar terbabit terjamin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Demit, Kubang Kerian, semalam.

Fadhlina memberitahu, beliau berharap bermula Disember ini isu pelajar melintas sempadan menggunakan pangkalan haram untuk ke sekolah tidak lagi berbangkit.

Difahamkan, perkahwinan antara penduduk Malaysia dan Thailand, menjadi faktor ibu bapa mereka memilih untuk menetap di negara Gajah Putih itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya